Sunday, April 26, 2009

Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik


Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi?

Berdasarkan TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang. Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain.







RAHSIA TARIKH LAHIR akan memainkan peranan sebagai 'Paksi' untuk mengimbangkan kehidupan seseorang dalam mencapai kebenaran diri (self-actualization). Dengan menggunakan Metodologi ini anda boleh membantu diri anda untuk membongkar potensi yang tersembunyi serta memahami diri anda serta orang tersayang dengan lebih baik. Kami percaya TAKDIR seseorang tidak ditentukan. Berdasarkan Firman Allah swt yang menyeru supaya manusia mengubah nasib mereka sendiri, menguatkan lagi bahawa TAKDIR kita bukan telah ditentukan

Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud,

"Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri."

KERJAYA - Adakah anda di dalam industri dan memegang jawatan yang sesuai? Ketahuilah kerjaya yang paling sesuai untuk anda.

PERNIAGAAN - Adakah anda seorang yang berorientasikan perniagaan? Adakah anda dilahirkan untuk berkecimpung di dalam dunia perniagaan? Mengapakah perniagaan anda gagal? Seterusnya, daripada TARIKH PENDAFTARAN SYARIKAT anda, kami boleh melihat apakah yang bakal berlaku di dalam syarikat (masalah, halangan dan keupayaan untuk menempa kejayaan).

KESIHATAN - Dengan menggunakan kaedah metodologi ini boleh memberi amaran awal kepada anda tentang penyakit-penyakit yang bakal dihadapi.

PERHUBUNGAN - Kesesuaian seseorang adalah KUNCI kebahagiaan. Analisis TARIKH LAHIR boleh membantu untuk mengenalpasti pasangan ideal anda samada di dalam perniagaan atau di dalam kehidupan. Perhubungan dengan pasangan atau anak, baik atau buruk akan didedahkan. Mengetahui sekiranya wujud 2 perkahwinan di dalam kehidupan dan mengambil langkah kawalan. Mengetahui kebarangkalian berlakunya penceraian di dalam sesebuah rumahtangga.

KEKAYAAN - Dengan mengetahui TARIKH LAHIR anda boleh memperolehi CARTA yang menunjukkan turun naik kehidupan anda sejak kecil sehingga mencapai umur 120 tahun. Ianya secara jelas dapat menunjukkan bilakah peluang akan muncul. Anda seterusnya hendaklah menggunakan peluang tersebut apabila tiba masanya.

Ning Baizura bte Hamzah

Di sini kami akan cuba menghuraikan Rahsia Tarikh Lahir menggunakan kaedah Sains Metafizik seorang penyanyi terkenal di Malaysia, iaitu Ning Baizura. Siapa yang tidak kenal kepada Ning Baizura, penyanyi yang bersuara nyaring lagi lantang.

Nama : Ning Baizura bte Hamzah
Tarikh Lahir : 28 Jun 1975
Kerjaya : Penyanyi / Pelakon

Huraian Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik

Setelah dikira tarikh lahir Ning Baizura, beliau memiliki nombor 2 sebagai Nombor Akar. (rujuk cara pengiraaan ringkas
Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik) Nombor 2 adalah Elemen Air.

Ini adalah ciri dan huraian personaliti Nombor 2;
Anda Punyai Komunikasi Atau Penyampaian Yang Baik. Suara Anda Kedengaran Lantang Dan Jelas. Mungkin Juga Anda Susah Atau Malu Nak Mula Bercakap Namun Apabila Sudah Mula Anda Kelihatan Mesra.

Kita sedia maklum yang Ning Baizura memiliki suara yang lantang sewaktu menyanyi, ini jelas menunjukkan personaliti Ning Baizura berdasarkan pengiraan Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik.

Sekarang kita lihat pula pola nombor 1 3, dimana kebanyakan individu yang mempunyai pola nombor 1 3 berkahwin dengan 'mat saleh' (orang putih). Ning Baizura ada pola nombor 1 3 ini dan terbukti kebenarannya.

Manakala pola nombor 2 7 menunjukkan ramai peminat.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh diketahui melalui Tarikh Lahir ini, seperti keperibadian, kesihatan, kerjaya, perniagaan, keserasian pasangan, apa yang terjadi pada tahun-tahun mendatang supaya kita dapat bersedia dari awal.

Di sini kami cuma dapat berikan yang positif sahaja.

Mengungkap Rahsia Tarikh Lahir Menggunakan Kaedah Sains Metafizik. Dengan Menggunakan Kaedah Sains Metafizik Ini Kita Boleh Mengetahui Keperibadian, Kerjaya Yang Sesuai, Keserasian Pasangan Ataupun Rakan Kongsi Perniagaan, Pemilihan Perniagaan Yang Sesuai, Arah Kekayaan, Arah Kekayaan dan Arah Tuah Anda. Sebenarnya Banyak Lagi Yang Boleh Diketahui Dengan Ketepatan Sehingga 80%.

No comments:

Post a Comment